Cara daftar Wahed dan log masuk
Download app Wahed dari App Store atau Google Play. Sebelum daftar, tekan dulu link daus (butang Daftar di laman ni) supaya kod DAUSDK ikut sekali dengan pendaftaran korang.
Bahagian awal pendaftaran daus tunjuk guna skrin sebenar. Lepas masukkan emel, app akan minta maklumat peribadi dan pengesahan identiti (eKYC), termasuk ambil gambar selfie. Daus tak tunjuk skrin tu sebab akaun daus dah lama siap.
- Download
- App Store / Google Play: "Wahed"
- Kod rujukan
- DAUSDK
- Bahasa app
- Ada Bahasa Melayu
1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 4
Buka app, tekan "Get Started"
Ni skrin pertama bila korang buka app Wahed. Kalau nak app dalam Bahasa Melayu, tekan butang bahasa di atas kanan dulu.
- Tukar bahasa (pilihan)
- Tekan "Get Started" untuk daftar akaun baru
Dah ada akaun? Tekan "Login" di bawah kiri. "See demo" pula buka video cara guna app.
- Langkah 2 / 4
Pilih "Malay" kalau nak app dalam Bahasa Melayu
Senarai bahasa keluar dari bawah. Ada English, Arab, Perancis, Melayu, Rusia dan Bahasa Indonesia. Tutorial ni guna skrin English sebab akaun daus set English.
- Tekan "Malay"
- Langkah 3 / 4
Masukkan emel dan teruskan
Taip emel yang korang selalu guna, sebab Wahed hantar notis dan dokumen ke emel ni. Lepas tu tekan anak panah.
- Taip emel korang
- Tekan anak panah
Lepas ni app akan minta maklumat peribadi, kata laluan dan pengesahan identiti (IC dan selfie). Sediakan MyKad sebelum mula. Ikut skrin Referrals Wahed, kod rujukan (DAUSDK) diminta masa langkah alamat. Jangan terlepas.
- Langkah 4 / 4
Cara log masuk semula
Kalau app terkeluar sendiri (contohnya lepas update), skrin Welcome ni akan minta emel dan kata laluan. Terlupa kata laluan? Tekan "Forgot Password?".
- Taip kata laluan
- "Forgot Password?" kalau terlupa
- Tekan "Login"
Lepas akaun diluluskan, langkah seterusnya ialah deposit pertama. Tengok tutorial cara deposit.
Cara dapat RM20 guna kod DAUSDK
- Tekan link daus (butang Daftar), atau taip kod DAUSDK masa daftar. App minta kod di langkah alamat.
- Lengkapkan pendaftaran dan pengesahan identiti sampai akaun diluluskan.
- Isi akaun Wahed sekurang-kurangnya RM300.
- Bonus RM20 masuk ke akaun Wahed korang dalam bulan-bulan berikutnya.
Wahed boleh tolak bonus kalau dalam 30 hari akaun tak lengkap, tak diisi duit, atau baki tak cukup. Syarat boleh berubah, jadi semak skrin Referrals dalam app. Sumber: app Wahed, Referrals → How it works?, disemak 26 Sep 2026. Tengok skrin sebenar →
Daus dapat komisen rujukan kalau korang daftar guna kod DAUSDK. Harga dan yuran korang tetap sama.
Pelaburan ada risiko. Nilai boleh turun dan naik, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.