Cara hubungi support Wahed: Help Desk, emel, telefon dan chat
Kalau deposit tak masuk, withdraw lambat, akaun tak lulus atau apa-apa yang tak kena, jalan paling cepat ialah hubungi Wahed sendiri. Dalam app ada empat saluran: Help Desk (buka tiket), emel, telefon dan FAQ. Laman web Wahed pula ada chatbot.
Satu perkara penting yang ramai terlepas: log masuk dulu sebelum tekan Help. Bila belum log masuk, halaman Help tunjuk waktu Dubai (GST), butang Call dail nombor Dubai (+971), dan Help Desk tiada. Bila dah log masuk, semua tukar ke Malaysia.
- Help Desk
- Dalam app: menu → Support
- Emel (dari app)
- malaysiasupport@wahed.com
- Telefon
- +60 16 299 1615
- Waktu
- Isnin–Jumaat, 9 pagi–6 petang
1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 9
Log masuk, buka menu, tekan "Support"
Dari dashboard, tekan ikon tiga garis di atas kiri. Pilih Support. Kalau korang tengah di skrin lain, perkataan "Help" di atas kanan pun bawa ke halaman yang sama.
- Tekan "Support"
- Langkah 2 / 9
Halaman "Reach out to us": pilih saluran
Empat pilihan. Untuk masalah duit (deposit, withdraw), Help Desk paling baik sebab ada nombor tiket dan rekod bertulis. Call sesuai untuk soalan cepat masa waktu pejabat.
- Waktu operasi: Isnin–Jumaat, 9 pagi–6 petang MYT
- Help Desk (buka tiket)
- Call
- FAQs
- Langkah 3 / 9
Help Desk: tab New, Tickets dan FAQs
Help Desk buka dalam app. Tab Tickets (sebelah New) senaraikan semua aduan korang dan statusnya. Kalau belum pernah buat aduan, ia kosong. Tekan "New" atau "Create your first ticket" untuk mula.
- Tab "New" untuk aduan baru
- Atau "Create your first ticket"
- Langkah 4 / 9
Tulis masalah, lampir screenshot, hantar tiket
Terangkan masalah dengan lengkap dalam kotak (sampai 2,000 aksara). Tekan ikon klip kertas untuk lampir screenshot atau resit bank, atau ikon mikrofon untuk rakam suara. Tekan "Submit ticket". Wahed akan emel bila ada balasan, dan korang boleh semak dalam tab Tickets.
- Terangkan masalah
- Lampir screenshot atau resit
- Tekan "Submit ticket"
- "Request a callback" kalau nak Wahed telefon korang
Guna templat di bawah halaman ni. Letak Transaction ID dari halaman Transactions supaya support terus jumpa transaksi korang.
- Langkah 5 / 9
Cari jawapan dulu dalam tab FAQs
Tab FAQs dalam Help Desk ada kotak carian dan soalan ikut kategori: tukar nombor telefon atau emel, deposit, withdraw, tutup akaun dan hartanah. Banyak jawapan dalam laman ni daus ambil dari sini.
- Cari soalan
- Tukar nombor telefon atau emel
- Langkah 6 / 9
Email: semak baris "From" sebelum hantar
Tekan Email dan app emel korang terbuka dengan alamat malaysiasupport@wahed.com. Hati-hati dengan baris "From". Dalam contoh ni, telefon daus pilih akaun Gmail lain secara automatik, bukan emel yang didaftar dengan Wahed. Tukar ke emel yang korang guna untuk Wahed supaya support boleh cari akaun korang.
- Kepada: malaysiasupport@wahed.com
- From: tukar ke emel yang didaftar dengan Wahed
Emel dari alamat yang tak berdaftar dengan Wahed biasanya lambat dilayan, sebab support kena sahkan identiti korang dulu.
- Langkah 7 / 9
Call: nombor Malaysia
Bila dah log masuk, butang Call dail +60 16 299 1615. Telefon masa waktu operasi sahaja: Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang.
- +60 16 299 1615
- Langkah 8 / 9
Hati-hati: sebelum log masuk, waktu dan nombor lain
Ni halaman Help yang dibuka sebelum log masuk. Waktu tertulis GST, iaitu waktu Dubai, dan Help Desk tiada. Masa daus tekan Call di sini, telefon dail +971 4 459 4000, nombor Dubai. Jadi log masuk dulu.
- GST = waktu Dubai
- Call di sini dail nombor Dubai
Kalau tak boleh log masuk langsung, tekan "Forgot Password?" di skrin log masuk dulu. Kalau masih gagal, emel malaysiasupport@wahed.com dari emel yang korang guna untuk daftar.
- Langkah 9 / 9
Chatbot "Rakan Wahed" di laman web
Laman web Wahed (contohnya halaman terma dan FAQ) ada butang chat di bawah kanan. Ia buka "Rakan Wahed (Beta)", iaitu chatbot AI, bukan manusia. Sesuai untuk soalan umum macam "apa itu ESA". Untuk masalah akaun, guna Help Desk.
- Rakan Wahed (Beta): chatbot AI
- Taip soalan
Sebelum hantar tiket atau emel, sediakan benda-benda dalam senarai semak di bawah. Support boleh selesaikan lebih cepat bila semua maklumat ada dalam mesej pertama.
Senarai semak sebelum hubungi Wahed
Assalamualaikum / Hi Wahed Support, Saya [nama penuh], emel akaun: [emel daftar Wahed]. Masalah: [contoh: deposit FPX RM500 pada 1 Sep 2026 belum masuk ke akaun "Nama Akaun"]. Status dalam app: [contoh: Transactions tunjuk "Processing" sejak 3 hari]. Yang saya dah cuba: [contoh: log keluar dan masuk semula]. Saya lampirkan screenshot dan resit bank. Terima kasih.
Emel dan telefon disahkan dalam app Wahed pada 26 Sep 2026. Alamat pejabat dari FAQ Wahed Malaysia, yang juga senaraikan malaysiasupport@wahedinvest.com. Wahed tak akan minta kata laluan atau OTP korang. Kalau ada "wakil Wahed" DM minta duit atau OTP, itu scam.
Pelaburan ada risiko. Nilai boleh turun dan naik, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.