Apa itu Wahed, dan apa yang ada dalam app dia
Wahed ni app pelaburan patuh Syariah. Syarikat dia di Malaysia, Wahed Technologies Sdn Bhd, dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebagai pengurus pelaburan digital. Maksudnya korang masukkan duit, dan Wahed yang uruskan pelaburan tu ikut portfolio yang korang pilih.
Dalam satu app ada banyak benda: portfolio teras ikut tahap risiko, portfolio thematic (contohnya US Stocks dan emas), Everyday Shariah Account (ESA) untuk simpanan dalam dolar, hartanah persendirian, dan Ventures untuk syarikat permulaan. Halaman ni tunjuk semua tu satu-satu, supaya korang tahu apa yang korang tengah tengok bila buka app.
- Syarikat
- Wahed Technologies Sdn Bhd
- Lesen
- Pengurus pelaburan digital (DIM), SC Malaysia
- Patuh Syariah
- Semua produk
- Akaun daus
- Sejak Julai 2021
1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 4
Tiga produk utama Wahed
Skrin ni muncul bila app minta korang pilih produk. Kotak besar di atas ialah Investment Accounts, iaitu produk utama Wahed. Bawah dia ada Everyday Shariah Account dan Real Estate.
- Investment Accounts: portfolio saham, emas, hartanah dan sukuk ikut profil risiko
- Everyday Shariah Account (ESA): simpanan dalam USD, tiada lock-in
- Real Estate: labur sebahagian kecil dalam hartanah, dapat sewa setiap suku tahun
- Langkah 2 / 4
Dashboard: semua duit korang dalam satu skrin
Lepas log masuk, ni skrin pertama. Nombor besar di atas ialah jumlah semua duit dalam Wahed. Masa screenshot ni diambil, akaun daus ada RM109,187.37.
- Jumlah semua akaun Wahed korang
- Everyday Shariah Account (ESA)
- Investment Accounts dan untung keseluruhan
- Langkah 3 / 4
Alternative Investments: hartanah dan Ventures
Bila scroll ke bawah, ada bahagian Alternative Investments. Daus letak RM500 dalam satu hartanah dan RM1,000 dalam dua syarikat Ventures.
- Private Real Estate
- Ventures
- Langkah 4 / 4
Financial Tools: alat percuma untuk merancang
Paling bawah ada tiga alat: Emergency Fund untuk kira dana kecemasan, Goal Calculator untuk kira berapa perlu simpan sebulan, dan Labs iaitu dashboard web Wahed.
- Emergency Fund
- Goal Calculator
- Labs
Kalau korang baru nak mula, ikut Garis Mula dalam peta: daftar dulu, lepas tu buat deposit pertama. Kalau dah ada akaun, terus lompat ke bahagian yang korang perlukan.
Pelaburan ada risiko. Nilai boleh turun dan naik, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.