Cara deposit duit ke Wahed (FPX dan wire transfer)
Deposit ialah cara masukkan duit dari akaun bank korang ke Wahed. Ada dua cara: FPX (bayar terus dari online banking, paling senang) dan wire transfer (pindahan bank biasa). Lepas Wahed terima duit, duit tu dilaburkan dalam 1 hingga 2 hari bekerja.
Contoh di bawah guna deposit RM500 sekali sahaja (One Time). Daus berhenti di skrin Review dan tak tekan "Proceed", jadi tiada duit bergerak masa screenshot ni diambil.
- Cara bayar
- FPX atau wire transfer
- Caj FPX
- RM1.08 (termasuk SST)
- FPX sampai
- 1โ3 hari bekerja
- Recurring pertama
- 6โ8 hari bekerja
1 = tekan ikut nombor ยท A = tengok bahagian ni ยท kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 7
Tekan "+ Deposit" pada dashboard
Butang ni ada sebelah jumlah Investment Accounts. Untuk ESA pula, buka kad ESA dan tekan Deposit.
- Tekan "+ Deposit"
- Langkah 2 / 7
Pilih akaun yang nak diisi
Kalau korang ada lebih dari satu akaun pelaburan, Wahed tanya nak masukkan duit ke akaun mana.
- Pilih akaun (contoh: Jadi Jutawan Tanpa Sedar)
- Atau akaun lain (contoh: Haji)
- Langkah 3 / 7
Masukkan jumlah dan pilih kekerapan
Taip jumlah. Kemudian pilih Weekly (setiap minggu), Monthly (setiap bulan) atau One Time (sekali sahaja). Weekly dan Monthly akan jadikan deposit ni automatik. Lepas tu tekan anak panah.
- Taip jumlah
- Pilih One Time, Monthly atau Weekly
- Tekan anak panah
- Langkah 4 / 7
Semak skrin Review
Semak jumlah, akaun dan kekerapan. Nota "Take note" terangkan caj FPX RM1.08 (termasuk SST) akan ditolak dari jumlah pindahan. Caj ni tak dikenakan untuk Wahed Real Estate.
- Jumlah, akaun dan kekerapan
- Caj FPX RM1.08 ditolak dari jumlah
- "Change" kalau nak tukar cara bayar
- Tekan "Proceed" untuk ke bank
Lepas tekan Proceed, korang akan dibawa ke halaman FPX untuk pilih bank dan log masuk online banking macam bayar bil biasa. Ikut FAQ Help Desk Wahed, deposit FPX biasanya masuk dalam 1 hingga 3 hari bekerja. Contoh sebenar: deposit RM100 daus pada 1 Ogos siap dilabur 5 Ogos, dan yang masuk RM98.92 selepas caj FPX.
- Langkah 5 / 7
Cara bayar: FPX atau Wire Transfer
Kalau tekan "Change", keluar dua pilihan. FPX paling cepat. Wire Transfer untuk yang nak pindah guna IBG atau transfer bank biasa.
- Instant Pay (FPX)
- Wire Transfer
- Langkah 6 / 7
Wire transfer: daftar akaun bank dulu
Untuk wire transfer, Wahed minta butiran bank atas nama korang sendiri. Pindahan mesti dibuat dari akaun yang sama. Kalau tak, Wahed akan pulangkan duit tu.
- Nama pemegang akaun, nama bank, nombor akaun
- Tekan "Add bank"
Akaun bank mesti atas nama korang sendiri. Duit dari akaun orang lain akan dipulangkan. Masa transfer, pilih Instant Transfer (bukan IBG) supaya deposit lebih cepat, ikut nasihat FAQ Wahed.
- Langkah 7 / 7
Kalau tak habis bayar, Wahed ingatkan
Kalau korang keluar dari halaman bank sebelum siap, dashboard tunjuk "Action required, Complete deposit". Tekan "Complete" untuk sambung, atau X kalau tak jadi.
- "Complete" untuk sambung bayar
- X kalau tak jadi deposit
Pelaburan ada risiko. Nilai boleh turun dan naik, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.