Soalan yang orang selalu tanya
Wahed ni berlesen ke?
Ya. Wahed Technologies Sdn Bhd dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai pengurus pelaburan digital (DIM). Semua produk Wahed patuh Syariah.
Tutorial: Apa itu Wahed βBerapa minimum nak mula?
Laman rasmi Wahed sebut minimum deposit pertama RM100 untuk akaun pelaburan, dan RM50 untuk ESA. Hartanah pula ikut deal (daus masuk RM500).
Tutorial: Cara deposit βDeposit ambil masa berapa lama?
FAQ Help Desk Wahed: FPX biasanya 1 hingga 3 hari bekerja. Recurring (direct debit) kali pertama 6 hingga 8 hari bekerja, lepas tu 1 hingga 2 hari bekerja selepas duit ditolak dari bank. Akaun hanya dikemas kini pada hari bekerja. FPX kena caj RM1.08 (termasuk SST): deposit RM100 daus masuk portfolio sebagai RM98.92.
Tutorial: Cara deposit βWithdraw sampai bank berapa hari, dan ada caj?
Sampai 8 hari bekerja (tak kira hujung minggu dan cuti umum), sebab dagangan kena selesai dulu. Withdraw biasa tiada caj. Untuk portfolio Thematic, ada caj tukaran asing 1% atas bahagian dalam mata wang asing. Satu withdrawal sahaja boleh aktif pada satu masa.
Tutorial: Cara withdraw βKenapa tak boleh withdraw 100% guna Partial?
Partial dihadkan sampai 95% nilai portfolio. Baki 5% jadi penampan bila harga bergerak. Nak keluarkan semua, pilih Full.
Tutorial: Cara withdraw βESA sama macam akaun simpanan bank ke?
Tak sama. ESA melabur dalam KWIN, ETF dalam USD. Nilai dalam ringgit boleh naik turun ikut kadar tukaran, dan ESA tidak dilindungi PIDM. Laman Wahed sebut perlindungan CMCF sehingga RM100,000, tapi itu untuk kes penipuan atau kebankrapan perantara, bukan untuk rugi pelaburan.
Tutorial: ESA βBoleh tukar portfolio bila-bila?
Sekali setiap 90 hari dalam jenis akaun yang sama. App tunjuk tarikh paling awal korang boleh tukar lagi.
Tutorial: Tukar portfolio βHartanah Wahed boleh jual bila-bila?
Tak. Deal hartanah dirancang untuk dipegang lebih kurang 5 tahun. Ada tempoh bertenang 6 hari lepas melabur. Sewa dibayar setiap suku tahun ke akaun bank yang korang set dalam Payout account.
Tutorial: Private Real Estate βVentures selamat ke?
Ventures berisiko tinggi. Wahed sendiri letak amaran: jangan labur kalau tak sedia hilang semua duit. Startup boleh gagal, dan duit terikat bertahun-tahun.
Tutorial: Ventures βBerapa had pelaburan hartanah dan Ventures?
Pelabur runcit: RM10,000 satu hartanah dan RM50,000 setiap 12 bulan, dikongsi antara hartanah dan Ventures. Pelabur Angel sampai RM500,000 setiap 12 bulan. Pelabur Sophisticated tiada had.
Tutorial: Private Real Estate βMacam mana nak hubungi Wahed?
Log masuk dulu, kemudian buka menu dan tekan Support. Paling baik buka tiket Help Desk (boleh lampir screenshot). Emel malaysiasupport@wahed.com, telefon +60 16 299 1615, Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 6 petang.
Tutorial: Hubungi support βKod rujukan DAUSDK dapat apa?
Ikut skrin Referrals dalam app: masukkan kod masa daftar (di langkah alamat), isi akaun sekurang-kurangnya RM300, dan korang dapat RM20 dalam bulan-bulan berikutnya.
Tutorial: Referral βMana nak cari penyata bulanan?
Menu β Documents. Setiap akaun ada penyata PDF setiap bulan.
Tutorial: Documents βApp terkeluar sendiri, kena log masuk semula?
Ya, kadang-kadang lepas app ditutup atau dikemas kini, Wahed minta emel dan kata laluan semula. Lupa kata laluan, tekan "Forgot Password?".
Tutorial: Daftar & log masuk β