Belajar Wahedoleh DausDK
Garis Labur · stesen 4 daripada 7

Everyday Shariah Account (ESA): tempat letak duit dalam USD, tiada lock-in

ESA ialah akaun berasingan dalam app Wahed untuk duit yang korang nak simpan tapi masih mahu dapat pulangan. Wahed kata anggaran pulangannya 4.29% setahun dalam dolar Amerika (USD), tiada lock-in, dan boleh keluarkan bila-bila.

Duit ESA dilabur dalam KWIN, sebuah ETF yang disenaraikan di NYSE dalam USD. KWIN pegang saham Amerika patuh Syariah bersama kontrak jualan hadapan untuk dapat pendapatan yang lebih stabil. Sebab dana ni dalam USD, nilai dalam ringgit masih boleh naik turun ikut kadar tukaran. ESA bukan akaun bank dan tidak dilindungi PIDM.

±6 minit · 3 langkah · screenshot sebenar dari akaun daus, 26 Sep 2026

Anggaran pulangan
4.29% (USD) setahun
Dana
99% KWIN + 1% tunai
Lock-in
Tiada
ESA daus
RM301.02 (+RM1.72)
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 5 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.

1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu

  1. A123
    Langkah 1 / 3

    Buka ESA dari dashboard

    Tekan kad ESA pada dashboard. Halaman ESA tunjuk baki, untung, dan dua butang besar: Deposit dan Withdraw.

    • Baki ESA
    • Deposit
    • Withdraw
    • Tekan untuk tahu cara pulangan dikira
  2. A
    Langkah 2 / 3

    "How returns work": ke mana duit ESA pergi

    Wahed terangkan ESA melabur dalam KWIN, ETF yang dinasihati oleh Wahed Invest LLC, disenaraikan di NYSE dalam USD. Pecahan: 99% KWIN dan 1% tunai.

    • Penerangan KWIN dan pecahan ESA
  3. 12
    Langkah 3 / 3

    Recurring dan Funding

    Scroll ke bawah. Kad biru ialah recurring deposit untuk ESA (akaun daus belum aktifkan, sebab tu tertulis Inactive). "Funding" di bawah sekali pun boleh bawa ke Deposit dan Withdrawal.

    • "Setup Recurring" kalau nak auto deposit ke ESA
    • Funding: Deposit atau Withdrawal

Pelaburan ada risiko. Nilai boleh turun dan naik, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.

Belum ada akaun? Kod DAUSDK
Daus dapat komisen, korang tak rugi apa
Daftar