Belajar Wahedoleh DausDK
Garis Urus Duit · stesen 2 daripada 6

Transactions: semak setiap deposit dan withdraw, sampai ke minit

Halaman Transactions senaraikan setiap duit masuk dan keluar, bulan demi bulan. Ni tempat pertama untuk semak kalau korang rasa deposit belum masuk atau withdraw lambat.

Setiap transaksi boleh dibuka. Ada dua tab: Details tunjuk jumlah yang korang minta dan jumlah yang betul-betul masuk, dan Timeline tunjuk bila setiap peringkat berlaku.

±4 minit · 5 langkah · screenshot sebenar dari akaun daus, 26 Sep 2026

Contoh deposit daus
RM100 diminta, RM98.92 masuk
Beza
RM1.08 caj FPX
Contoh tempoh
1 Ogos mula, 5 Ogos siap
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 7 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.

1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu

  1. 1
    Langkah 1 / 5

    Buka menu, tekan "Transactions"

    Tekan ikon tiga garis di atas kiri dashboard.

    • Tekan "Transactions"
  2. 1A2
    Langkah 2 / 5

    Senarai transaksi ikut bulan

    Setiap baris tunjuk nama akaun, jenis dan tarikh, jumlah dan status. Completed maksudnya dah siap. Anak panah hijau maksudnya duit masuk.

    • Tapis ikut Account, Date atau Types
    • Muat turun senarai
    • Tekan transaksi untuk butiran

    Deposit recurring daus RM100 masuk setiap 1hb untuk dua akaun. Deposit RM500 pada 23 Jun 2026 ialah pelaburan hartanah Sky Suites KLCC.

  3. 12
    Langkah 3 / 5

    Tapis ikut jenis transaksi

    Tekan "Types" untuk pilih jenis. Senarai ni juga ajar istilah Wahed: Deposit Reversal (deposit dipulangkan), Rental Income (sewa hartanah), Partial Withdraw Transfer dan lain-lain.

    • Pilih satu atau lebih jenis
    • Tekan "Apply"
  4. 1AB
    Langkah 4 / 5

    Details: jumlah diminta vs jumlah masuk

    Deposit recurring daus pada 1 Ogos: diminta RM100.00, yang masuk portfolio RM98.92. Bezanya RM1.08, iaitu caj FPX. Transaction ID dan Reference penting kalau korang nak hubungi support.

    • Tab "Details"
    • Transaction ID dan Reference: salin bila hubungi support
    • Diminta RM100.00, masuk RM98.92
  5. 1A
    Langkah 5 / 5

    Timeline: bila setiap peringkat berlaku

    Deposit yang sama: mula 1 Ogos jam 10:54 pagi, bank sahkan bayaran 4 Ogos, dan siap dilabur 5 Ogos. Jadi deposit recurring ambil lebih kurang 4 hari bekerja. Kalau deposit korang tersangkut di satu peringkat lama sangat, ni bukti yang boleh ditunjuk kepada support.

    • Tab "Timeline"
    • Tiga peringkat: mula, bayaran disahkan, siap

Pelaburan ada risiko. Nilai boleh turun dan naik, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.

Belum ada akaun? Kod DAUSDK
Daus dapat komisen, korang tak rugi apa
Daftar