Belajar Wahedoleh DausDK
Garis Labur · stesen 1 daripada 7

Portfolio teras Wahed: 6 tahap risiko, dan cara Wahed pilihkan untuk korang

Bila korang buka akaun pelaburan baru, Wahed tanya dulu nak gaya pelaburan mana. Pilihan pertama ialah Regular. Dalam Regular, Wahed campurkan beberapa jenis aset dalam satu portfolio, contohnya saham global, sukuk, emas dan pasaran wang. Campuran ni yang dipanggil portfolio teras.

Ada enam tahap, dari paling selamat (Very Conservative) sampai paling berani (Very Aggressive). Makin berani, makin banyak saham dan makin kurang sukuk. Saham boleh naik tinggi tapi boleh jatuh teruk juga. Sukuk pula lebih tenang tapi pulangan dia rendah.

±7 minit · 5 langkah · screenshot sebenar dari akaun daus, 26 Sep 2026

Bilangan portfolio
6 tahap risiko
Soal selidik
8 soalan
Tukar portfolio
Sekali setiap 90 hari
Semua
Patuh Syariah
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 6 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.

1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu

  1. 1A
    Langkah 1 / 5

    Pilih "Regular" untuk portfolio teras

    Dari dashboard, tekan "Add account". Wahed tanya gaya pelaburan. Regular maksudnya Wahed cadangkan portfolio ikut jawapan korang, dan portfolio tu ada beberapa jenis aset sekali.

    • Tekan "Regular"
    • Thematic: satu jenis aset sahaja (ada tutorial berasingan)
  2. A12
    Langkah 2 / 5

    Jawab 8 soalan pendek

    Soalan tanya umur, tujuan pelaburan, pendapatan bulanan, simpanan, kestabilan pendapatan, pengalaman melabur, sikap terhadap risiko dan apa korang buat kalau pelaburan jatuh 10%. Jawab jujur, sebab jawapan ni yang tentukan portfolio.

    • Kiraan soalan (1 daripada 8)
    • Pilih satu jawapan
    • Tekan "Next"
  3. A1
    Langkah 3 / 5

    Wahed cadangkan satu portfolio

    Lepas soalan terakhir, Wahed tunjuk portfolio yang dia rasa sesuai berserta penerangan ringkas. Dalam contoh ni jawapannya Aggressive. Jawapan korang mungkin lain.

    • Portfolio yang dicadangkan
    • Tekan "View Portfolio Details"
  4. A1B2
    Langkah 4 / 5

    Baca prestasi dan isi portfolio

    Halaman butiran tunjuk pulangan tahunan purata 3 tahun (simulasi, selepas yuran) dan contoh "kalau labur RM10,000 dari Oktober 2019". Bawah tu ada pecahan aset. Guna anak panah kiri dan kanan untuk banding dengan portfolio lain.

    • Pulangan tahunan purata 3 tahun
    • Anak panah untuk tengok portfolio lain
    • Pecahan aset: tekan anak panah kecil untuk nama dana
    • "Select This Portfolio" kalau setuju

    Angka prestasi ni simulasi guna data sejarah. Ia bukan janji pulangan akan datang.

  5. AB
    Langkah 5 / 5

    Contoh: apa sebenarnya dalam Very Conservative

    Tekan anak panah kecil sebelah setiap aset untuk nampak dana sebenar. Very Conservative letak 90% dalam Malaysia Maybank Sukuk Fund, 7.5% dalam Affin Hwang Aiiman Money Market Fund dan 2.5% tunai.

    • Sukuk 90%: Malaysia Maybank Sukuk Fund
    • Pasaran wang 7.5%: Affin Hwang Aiiman Money Market Fund

Nak banding keenam-enam portfolio sebelah-menyebelah? Buka halaman Portfolio. Semua angka di situ diambil dari app pada hari yang sama.

Pelaburan ada risiko. Nilai boleh turun dan naik, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.

Belum ada akaun? Kod DAUSDK
Daus dapat komisen, korang tak rugi apa
Daftar