Belajar Wahedoleh DausDK
Garis Labur · stesen 6 daripada 7

Cara tukar portfolio (contohnya dari Moderate ke US Stocks)

Portfolio boleh ditukar tanpa buka akaun baru. Wahed hadkan tukar sekali setiap 90 hari dalam jenis akaun yang sama. Daus pernah tukar akaun utama ke US Stocks, sebab tu app tunjuk tarikh bila boleh tukar semula.

±4 minit · 4 langkah · screenshot sebenar dari akaun daus, 26 Sep 2026

Had
Sekali setiap 90 hari
Akaun daus boleh tukar lagi
24 Disember 2026
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 4 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.

1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu

  1. A1
    Langkah 1 / 4

    Account Details, pilih akaun, tekan "Change My Portfolio"

    Baris Portfolio tunjuk portfolio semasa (akaun daus: US Stocks). Butang "Change My Portfolio" ada di bawah sekali.

    • Portfolio semasa
    • Tekan "Change My Portfolio"
  2. A1B
    Langkah 2 / 4

    Lihat senarai portfolio atau jawab soal selidik semula

    Wahed bagi dua jalan. "View Portfolios" untuk pilih sendiri. "Retake Questionnaire" kalau nak Wahed cadangkan semula. Perenggan tengah tunjuk bila korang boleh tukar lagi.

    • Tarikh paling awal boleh tukar lagi
    • Tekan "View Portfolios"
    • Atau "Retake Questionnaire"
  3. A1
    Langkah 3 / 4

    Pilih portfolio

    Senarai enam portfolio teras dengan prestasi 3 tahun. Tekan anak panah untuk butiran, kemudian "Select This Portfolio".

    • Nota 90 hari
    • Tekan anak panah portfolio pilihan
  4. 1
    Langkah 4 / 4

    Semak butiran, kemudian "Select This Portfolio"

    Semak pulangan dan pecahan aset. Kalau setuju, tekan "Select This Portfolio". Wahed akan jual pegangan lama dan beli pegangan baru.

    • Tekan "Select This Portfolio"

    Bila tukar portfolio, pegangan lama dijual. Kalau harga tengah jatuh, rugi tu jadi rugi sebenar. Fikir dulu sebelum tukar masa pasaran tengah teruk.

Pelaburan ada risiko. Nilai boleh turun dan naik, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.

Belum ada akaun? Kod DAUSDK
Daus dapat komisen, korang tak rugi apa
Daftar