Account Details: tukar nama akaun, bank dan tetapan wire transfer
Account Details ialah tempat semua butiran akaun. Dari sini korang boleh tukar nama akaun, tukar portfolio, urus recurring, tengok bank yang disimpan dan tetapkan akaun lalai untuk wire transfer.
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 4 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 5
Buka menu dan tekan "Account Details"
Tekan ikon tiga garis di atas kiri dashboard. Menu keluar dari kiri.
- Tekan "Account Details"
- Transactions
- Support
- Langkah 2 / 5
Senarai semua akaun
Profile details tunjuk emel, nombor telefon dan bahasa. Bawah tu ada semua akaun pelaburan, akaun ESA dan kaedah bayaran.
- Tukar bahasa app
- Akaun pelaburan: tekan untuk urus
- Bank tersimpan dan tetapan wire transfer
- Langkah 3 / 5
Butiran satu akaun
Setiap akaun ada nama (boleh ditukar), jenis akaun, portfolio dan recurring deposit. Akaun Haji daus guna portfolio Gold.
- Tukar nama akaun
- Portfolio semasa
- "Change My Portfolio"
- Langkah 4 / 5
My Saved Payment Method
Senarai bank yang dah didaftarkan untuk recurring deposit. Active maksudnya arahan potongan diluluskan. Failed maksudnya pendaftaran bank tu gagal dan tak akan dipotong.
- Active: boleh dipotong
- Failed: tak aktif
- Langkah 5 / 5
Wire transfer settings
Kalau korang buat wire transfer tanpa butiran lengkap, Wahed masukkan duit ke akaun lalai yang dipilih di sini. Wahed juga pesan: buat arahan deposit dalam app dulu sebelum transfer dari bank.
- Akaun lalai (tanda betul)
- Buat arahan dalam app dulu sebelum transfer
- Tekan "Save" kalau ubah
Pelaburan ada risiko. Nilai boleh turun dan naik, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.