Belajar Wahedoleh DausDK
Garis Labur · stesen 7 daripada 7

Tengok untung rugi: Portfolio summary dan Goal Planner

Wahed ada dua tempat untuk tengok prestasi. Portfolio summary tunjuk jumlah duit masuk, duit keluar, yuran Wahed dan untung keseluruhan. Goal Planner pula tunjuk sama ada korang on track untuk capai sasaran.

Semua nombor di bawah nombor sebenar akaun daus. Yuran Wahed yang daus dah bayar sepanjang masa ialah RM1,568.25.

±5 minit · 5 langkah · screenshot sebenar dari akaun daus, 26 Sep 2026

Untung akaun pelaburan daus
+RM29,663.83
Yuran Wahed setakat ni
RM1,568.25
Sasaran Goal daus
RM1 juta, Jan 2050
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 5 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.

1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu

  1. 1
    Langkah 1 / 5

    Tekan ikon kanta pembesar

    Ikon bulat kecil sebelah "+ Deposit" buka Portfolio summary untuk semua akaun pelaburan. Ikon sama di bahagian ESA buka summary ESA.

    • Tekan ikon summary
  2. AB
    Langkah 2 / 5

    Baca Breakdown

    Total Deposits ialah semua duit korang masukkan. Total Withdrawals semua yang korang keluarkan. Wahed Fees ialah yuran pengurusan yang dah dipotong. Total Earnings ialah untung bersih.

    • "Account" dan "Date" untuk tapis
    • Deposit, withdraw, yuran dan untung

    Cash Bonus (bonus rujukan) dalam akaun daus dikaburkan.

  3. 12
    Langkah 3 / 5

    Tapis ikut tempoh

    Tekan "Date" untuk tengok untung rugi dalam 1, 3, 6, 9 bulan atau 1 tahun. Tekan "Apply".

    • Pilih tempoh
    • Tekan "Apply"
  4. 1
    Langkah 4 / 5

    Goal Planner dalam halaman akaun

    Scroll halaman akaun. Kad Goal Planner tunjuk status (On Track), peratus sasaran dah capai dan baki yang perlu. Tekan kad untuk butiran.

    • Tekan kad Goal Planner
  5. A1B
    Langkah 5 / 5

    Kalendar deposit

    Setiap bulatan ialah satu bulan. Hijau maksudnya deposit berjaya, kuning sedang diproses, merah terlepas. Daus hijau dari Januari sampai September 2026.

    • Status deposit setiap bulan
    • "Add funds" untuk tambah duit
    • Tiga titik: Update Goal atau Delete

Pelaburan ada risiko. Nilai boleh turun dan naik, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.

Belum ada akaun? Kod DAUSDK
Daus dapat komisen, korang tak rugi apa
Daftar