Belajar Wahedoleh DausDK
Garis Alternatif · stesen 2 daripada 2

Wahed Ventures: beli saham syarikat startup sebelum ia besar

Ventures bagi korang labur dalam syarikat permulaan (startup) yang belum tersenarai di bursa. Kalau syarikat tu berjaya dan dijual atau disenaraikan, pelabur boleh untung besar. Kalau gagal, pelabur boleh hilang semua duit.

Daus ada RM1,000 dalam Ventures: RM500 dalam GoBarakah (platform e-baucar derma) dan RM500 dalam Carpedia. Masa screenshot diambil, tiada deal baru dibuka.

±6 minit · 5 langkah · screenshot sebenar dari akaun daus, 26 Sep 2026

Pelaburan daus
RM1,000 (2 syarikat)
Tempoh sasaran
3–7 tahun (GoBarakah)
Risiko
Boleh hilang semua duit
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 3 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.

1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu

  1. 1
    Langkah 1 / 5

    Tekan kad "Ventures" pada dashboard

    Kad Ventures ada sebelah Private Real Estate.

    • Tekan "Ventures"
  2. 1AB
    Langkah 2 / 5

    Latest Deals dan Previous Deals

    Kalau ada syarikat yang tengah kumpul dana, ia muncul dalam Latest Deals. Previous Deals senaraikan deal lama seperti AYE dan GoBarakah.

    • Tekan "View Portfolio"
    • Tiada deal baru buat masa ni
    • Deal lama
  3. 1A
    Langkah 3 / 5

    Positions: syarikat yang korang pegang

    Carta bulat tunjuk pecahan pegangan. Daus 50% GoBarakah dan 50% Carpedia, RM500 setiap satu. Tekan nama syarikat untuk butiran.

    • Tekan GoBarakah
    • Carpedia
  4. ABC
    Langkah 4 / 5

    Amaran risiko di atas setiap deal

    Wahed letak amaran jelas: jangan labur kalau tak sedia hilang semua duit. Bawah tu ada video pengasas, jumlah terkumpul (RM736,109) dan status deal.

    • Amaran: boleh hilang semua duit
    • Jumlah terkumpul
    • 100% penuh, 802 pelabur
  5. A
    Langkah 5 / 5

    Investment Terms: berapa bahagian syarikat yang dijual

    Terma GoBarakah: syarikat LCWD Holding Sdn Bhd, saham biasa, nilai sebelum pelaburan RM16 juta, ekuiti ditawarkan 3.90% hingga 14.89%, dan tempoh sasaran 3 hingga 7 tahun.

    • Terma pelaburan

Kebanyakan startup gagal. Duit dalam Ventures biasanya terikat bertahun-tahun, dan tiada dividen. Daus letak jumlah kecil sahaja, iaitu duit yang daus sanggup hilang. Ni bukan nasihat untuk ikut.

Pelaburan ada risiko. Nilai boleh turun dan naik, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.

Belum ada akaun? Kod DAUSDK
Daus dapat komisen, korang tak rugi apa
Daftar